Tuesday 29 November 2011

Red Bean Paste

Bahan-bahannya
1 kg - Kacang Merah Kecil (direndam semalaman)
6 liter - Air
1 kg - Gula Pasir
200 ml - Minyak Masak

Peraturannya:-
Kacang merah yang sudah direndam semalaman direbus dgn 6 liter air sehingga empuk.
Blender bahan ini sampai halus dan masak semula sampai pekat.
Pastikan cukup pekat baru masukkan gula.
(Ini penting kerana jika tidak pekat, bahan ini akan meletup-letup (seperti membuat rendang).
Kacau bahan ini sampai tidak melekat dikuali.
Tutup api dan terus masukkan minyak semasa ia panas dan kacau lagi sampai sebati.
Simpan dalam bekas bertutup.
* Boleh menghasilkan 2kg paste.

Saturday 26 November 2011

Resepi Jelly Kelapa Muda

Bahan-Bahannya
10 gram - Instant Jelly
120 gram - Gula Castor
1 tsp - Susu Cair / Whipping Cream
1 liter - Air Kelapa Muda (Air Eau Claire)
Secukupnya - Isi Kelapa Muda

Cara-caranya
Masak instant jelly, gula dan air kelapa sehingga ia kelihatan bertali.
Masukkan susu cair dan tutup api.
Biarkan suam seketika sebelum di tuang ke dlm acuan.
Taburkan dgn hirisan kelapa muda.