Bahan-bahannya
1 kg - Kacang Merah Kecil (direndam semalaman)
6 liter - Air
1 kg - Gula Pasir
200 ml - Minyak Masak
Peraturannya:-
Kacang merah yang sudah direndam semalaman direbus dgn 6 liter air sehingga empuk.
Blender bahan ini sampai halus dan masak semula sampai pekat.
Pastikan cukup pekat baru masukkan gula.
(Ini penting kerana jika tidak pekat, bahan ini akan meletup-letup (seperti membuat rendang).
Kacau bahan ini sampai tidak melekat dikuali.
Tutup api dan terus masukkan minyak semasa ia panas dan kacau lagi sampai sebati.
Simpan dalam bekas bertutup.
* Boleh menghasilkan 2kg paste.
No comments:
Post a Comment